PROMOSI WASIAT (WILL WRITING) SEMPENA SAMBUTAN 100 TAHUN AMANAHRAYA

Terma dan Syarat

(I) Syarat Promosi dan Kelayakan:

    1. Promosi ini terbuka kepada semua individu yang berumur 18 tahun dan ke atas.

    2. Tempoh Promosi adalah sah dari 09 Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2023 sahaja (“Tempoh Promosi”). Meskipun perkara di atas, AmanahRaya berhak untuk menamatkan Promosi ini pada mana-mana tarikh dan/atau masa yang lebih awal daripada 2359 (GMT+8) pada 31 Disember 2023.

    3. Tertakluk kepada Terma dan Syarat ini, Pelanggan AmanahRaya juga berpeluang untuk menerima Hadiah Istimewa atau Hadiah Misteri sekiranya melanggan mana-mana produk AmanahRaya (Wasiat, Pusaka dan Amanah) dalam Tempoh Promosi.

    4. Promosi ini sah di semua cawangan AmanahRaya seluruh negara, kaunter bergerak AmanahRaya dan secara atas talian di AmanahRaya Will Online* melalui laman sesawang AmanahRaya di www.amanahraya.my

    5. Promosi ini TIDAK sah ke atas sebarang promosi AmanahRaya yang lain, diskaun, tawaran dan/atau keistimewaan kecuali dinyatakan sebaliknya.

(II) Harga Promosi atau Diskaun

    1. Harga promosi atau diskaun yang ditawarkan adalah seperti berikut;

    2. Promosi Wasiat:

                      ftp://xrates@128.199.202.142/demo_html/photo/1promotion/pwasiat.jpg

 

*Perkhidmatan penukaran wasiat boleh dibuat di Kaunter Cawangan dan Kaunter Bergerak AmanahRaya sahaja dan tidak tersedia seca

(III) Hadiah Istimewa dan Hadiah Misteri

    1. Hadiah Istimewa akan diberikan kepada seratus (100) pelanggan individu terawal yang hadir ke Kaunter cawangan AmanahRaya dan melanggani produk Pusaka dan seratus (100) pelanggan individu terawal yang hadir ke Kaunter cawangan AmanahRaya dan melanggani produk Amanah.

    2. Hadiah Misteri akan diberikan kepada sepuluh (10) pelanggan bagi setiap gandaan 100 pelanggan individu yang melanggani produk Wasiat (Asas dan Komprehensif) AmanahRaya iaitu pewasiat bilangan ke-100, ke-200, ke-300, ke-400, ke-500, ke-600, ke-700, ke-800, ke-900 dan ke-1,000 (tempoh langganan adalah sepanjang Tempoh Promosi)

    3. Hanya satu (1) hadiah sahaja layak diterima oleh seorang (1) pelanggan.

    4. Sekiranya terdapat pertikaian terhadap pemberian Hadiah Istimewa dan/atau Hadiah Misteri kepada mana-mana pelanggan yang layak, keputusan yang dibuat oleh AmanahRaya adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan. Apa jua pertikaian dan / atau aduan berhubung Hadiah Istimewa dan/atau Hadiah Misteri melalui mana-mana jenis media tidak akan dilayan.

    5. AmanahRaya berhak mengganti sebarang hadiah dengan apa-apa hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis.

    6. Hadiah yang ditebus tidak boleh dikembalikan, ditukarkan dengan wang tunai atau apa jua bentuk lain atas apa jua sebab dengan AmanahRaya. Hadiah yang ditebus mesti diterima seperti yang ditawarkan. AmanahRaya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bayaran balik atau pampasan dalam mana-mana bentuk.

(IV) Polisi Pemulangan Dan/Atau Pembatalan Perkhidmatan

    1. Tiada pemulangan fi bagi semua jenis perkhidmatan yang dilanggani sepanjang Tempoh Promosi dan sebarang permohonan untuk pemulangan fi untuk apa jua sebab tidak akan dilayan.

    2. Sebarang permohonan untuk pembatalan perkhidmatan yang dilanggani semasa Tempoh Promosi tidak dibenarkan dan tidak akan dilayan.

(V) Lain-lain syarat

    1. Dengan menyertai promosi ini, pelanggan dianggap telah membaca dan memahami sepenuhnya serta telah bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat yang telah ditetapkan oleh AmanahRaya.

    2. AmanahRaya tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan dengan apa jua cara berkenaan dengan kegagalan teknikal apa jua bentuk, campur tangan, gangguan dan/ atau kesilapan elektronik atau manusia dalam pentadbiran dan/atau pemprosesan urusniaga yang dilakukan dengan syarat bukan disebabkan oleh kecuaian AmanahRaya. AmanahRaya juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kegagalan untuk mematuhi atau sebarang kelewatan dalam melaksanakan kewajipannya, di mana kegagalan tersebut adalah disebabkan oleh keadaan yang berada di luar kawalan munasabahnya. Keadaan tersebut termasuk, tetapi tidak terhad kepada, keadaan cuaca, kebakaran, banjir, taufan, mogok, pertikaian industri, perang, permusuhan, pergolakan politik, rusuhan, kekecohan awam, epidemik dan pandemik seperti yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kemalangan yang tidak dapat dielakkan, undang-undang yang mentadbir atau mana-mana keadaan lain dalam apa jua bentuk yang berada di luar kawalan Penganjur.

    3. PENAFIAN: TERTAKLUK KEPADA APA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, AMANAHRAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK KEROSAKAN LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN, GANTI RUGI TAULADAN ATAU AKIBAT KEROSAKAN (TERMASUK KEHILANGAN PENGGUNAAN, DATA, PERNIAGAAN ATAU KEUNTUNGAN) YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN PENYERTAAN PELANGGAN WASIAT DALAM PROMOSI INI, SAMA ADA LIABILITI TERSEBUT BERLAKU BERPUNCA DARIPADA APA-APA TUNTUTAN BERASASKAN KEPADA KONTRAK, JAMINAN, TORT (TERMASUK KECUAIAN), LIABILITI KETAT ATAU SEBALIKNYA, DAN SAMA ADA PELANGGAN TELAH DINASIHATKAN ATAU TIDAK KEMUNGKINAN KERUGIAN ATAU KEROSAKAN BOLEH BERLAKU.

    4. AmanahRaya mempunyai hak dan budi bicara secara mutlak untuk meminda, membatalkan dan/atau menambah mana-mana terma dan syarat ini tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu melalui mana-mana medium komunikasi dan apa-apa pindaan, pembatalan atau penambahan akan berkuatkuasa, dibaca dan ditafsirkan seolah-olah telah dimasukkan dan menjadi sebahagian daripada terma dan syarat ini.

    5. Terma dan syarat ini terikat dengan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia.

    6. Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Amanah Raya Berhad di talian 03-2723 7273 atau layari www.amanahraya.my

 

Promotion Period : 09-Aug-2023 till 31-Dec-2023
Posted on 01-Sep-2023